Friday, November 25, 2011

Kek Chiffon Strawberry





Jeng..jeng..jeng.. first time buat kek olahan sendiri. Ku ada menggoggle cari resepi chiffon strawberry ni, tapi kebanyakannya guna buah strawberry fresh kemudian buat puree. Resepiku ni guna bahan artificial je, malas nak beli buah strawberry, mahal tu. Meh, check it out..


Bahan A
4 biji kuning telur
115ml susu strawberry UHT
70ml minyak masak
100gm gula halus

Bahan B
150gm tepung naik sendiri
2 sudu kfc serbuk penaik + secubit garam


Bahan C
4 biji putih telur
90gm gula halus
secubit cream of tartar



Cara-cara
- Mula-mula ayak bahan B, ketepikan
- Campurkan bahan A dalam mangkuk besar hingga sebati, ketepikan
- Buat bahan C, putar putih telur sampai berbuih kemudian masukkan gula halus dan COT. Putar hingga kental dan bertanduk
- Masukkan bahan B yang telah diayak tadi ke dalam bahan A, jangan kacau kuat sangat janji sebati
- Kemudian masukkan 1/3 meringue tadi ke mangkuk bahan A secara kaup balik. Kemudian habiskan semua meringue tu.
- Bakar sampai masak.

Tuesday, November 22, 2011

Kek Chiffon Coklat




Ku kalau tak menggodek panaskan oven kat dapur tu rasa tak senang duduk. Dari malam tadi duk pikir nak buat ke tak.. Kang klu buat tetiba Marsya bangun nangis kompem nak nenen.. So petang semalam balik opis awal sikit sebab cabut lepas meeting terus balik umah. Tak kuasa nak tunggu kol 5 punch out. Lagipun adik aku masuk keje 5.30 dan jam kat opis dia cepat 18 minit boleh gitu? so aku pun merempit balik umah. Sampai umah terus cuci telur ayam huhu, ayak tepung nak buat chiffon coklat.
Resepinya diambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan A
4 biji kuning telur
135ml susu coklat UHT
85ml minyak masak
100gm gula halus

Bahan B
135gm tepung naik sendiri
15gm serbuk koko

Bahan C
4 biji putih telur
90gm gula halus
secubit cream of tartar

Cara-cara
- Mula-mula ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
- Campurkan bahan A dalam mangkuk besar hingga sebati, ketepikan
- Buat bahan C, putar putih telur sampai berbuih kemudian masukkan gula halus dan COT. Putar hingga kental dan bertanduk
- Masukkan bahan B yang telah diayak tadi ke dalam bahan A, jangan kacau kuat sangat janji sebati
- Kemudian masukkan 1/3 meringue tadi ke mangkuk bahan A secara kaup balik. Kemudian habiskan semua meringue tu.
- Bakar sampai masak.

* Masa nak start tadi panaskan oven atas bawah, bila masukkan kek buat api bawah je selama 20 minit baru buat atas bawah balik.

Thursday, November 3, 2011

Kek Chiffon Blueberry




Malam tadi ku projek baking lagi. Blum pernah lagi kek chiffon berjaya jadinya, kira yang ni berjaya la gak walaupun atasnya sikit hangus. Tapi lakiku suka dey..
Meh check resepi, dapat dari blog
Che Mat Gebu ada ubahsuai sikit ikut apa yg ada kat dapur


Bahan A

4 kuning telur

70 ml susu cair

70 ml minyak masak

45 ml air

100 g gula halus

1 camca besar blueberry paste (ku guna blueberry emulco)

2 camca besar blueberry filling (cari filing tak jumpa, bantai guna topping)


Bahan B

150 g tepung gandum je

1 camca teh baking powder

secubit garam halus


Bahan C

4 putih telur

90 g gula halus

secubit cream of tartar


Cara-cara;

- Mula-mula ayak bahan B, ketepikan

- Kejekan plak bahan C, pukul putih telur sampai berbuih kemudian masukkan gula pastu COT dan teruskan putar pada kelajuan maksima sampai adunan jadi kental

- Lepas tu dengan pantas, satukan plak bahan A

- Bila bahan A dah sebati, masukkan pula bahan B tadi yang dah diayak.

- Kemudian amik separuh adunan bahan C masukkan dalam adunan tadi sebatikan dengan satu arah saja, kemudian habiskan lagi.

- Bakar ikut oven masing2, oven ku tu semakin ku tak paham la. Asik buat ku hangin sajer..




Tuesday, November 1, 2011

Purple Velvet

Hehe... malam td ada org tolong baking. Siap marble2kan cake tu. Resepinya sama mcm Red Velvet cuma pewarna merah tu letak 1sudu besar + 1 sudu besar pewarna biru.


Ini lah hasilnya.. nampak tak bentuk 'love' hehe..lakiku mmg jiwang kuikui...




Yang ni potong masuk bekas buat bekal papa gi opis..share2 ye dgn kengkawan makcik2 tu

Friday, October 21, 2011

Kek Baldu Merah

Hari ni cuti duk umah jaga babyku Marsya yg kena cacar air..kecian anak mama
Macam mana pun ku curi2 gak masa membaking sampai meleleh air mata Marsya menahan sabar tunggu mama tak siap2 buat kek..huhu..
Tapi sedikit kuciwa kerana kek ku hangus di bawah dan tepi loyang sedangkan tengah2 belum masak. Ku mengada2 guna tray warna hitam tu bukan tray yang jaring2 tu. Konon lagi cun la pembakaran kek tu. Tapi masih boleh dingap juga hehe..




Resepinya senang je cara nak buatnya, sumber dari MyResepi penyumbang Kak Fida

Bahan Cheese
250gm cream cheese
¼ cawan gula
1 biji telur
2 sudu besar susu cair
¼ suku kecil esen vanilla
Bahan A
300gm gula caster
225gm mentega cair
2 biji telur
Bahan B
225ml susu cair
3 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
Bahan C
300gm tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bicarbonate
Bahan D
1 sudu kecil esen vanilla

Cara – cara
- Satukan bahan cheese dan pukul sampai lembut
- Kemudian satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sampai sebati guna whisker
- Satukan pula bahan B dan bahan C (diayak) dalam bekas yang berasingan
- Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam mangkuk bahan A berselang seli
- Akhir sekali masukkan bahan D
- Jangan lupa lenser dan alas loyang sebelum tu panaskan oven dulu.
- Masukkan ½ adunan dalam loyang, kemudian lapis dengan ¾ cheese.
- Habiskan ½ adunan lagi kemudian baki cheese dan lorekkan.
- Bakar 150C 45 minit.

Wednesday, September 28, 2011

Kek Karamel

Sebenarnya takde la minat sangat karamel ni sebab kadang2 kalau silap buat bau telur je. Tapi disebabkan asyik tengok blog Pn Azlita http://fromintankitchen.blogspot.com/. Mula2 dia tunjuk step by step buat kek ni. Pastu dia tunjuk lagi buat untuk tetamu beraya wahh.. macam senang sangat dan macam sedap sangat kek itu. Ditambah pula Papa Marsya yang semalam bangun pagi boleh ke dia kata "Ingat Mama buat kek" ciss.. tapi memang ada hati nak membaking cuma malas sebab hujan sejuk dan mata tak tahan ngantuk.

Balik kerja petangnya, tahu2 Papa buat surprise dengan mencemar duli memasak ayam masak merah di dapur. Yeay..tak yah masak. Trus cari barang nak buat Kek Karamel nih..


Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir ditabur rata atas loyang dan masak atas api, senget2kan bagi rata dalam loyang tu. Ketepikan

Karamel
1/2 tin susu cair
70gm gula caster
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
- Kacau susu cair dan gula hingga gula larut, kemudian kacau pulak telur dengan esen vanila. Pastu satukan semuanya dan kacau rata lagi. Tapis untuk masukkan dalam loyang tadi. Ketepikan lagi.

Bahan A
70gm gula caster
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
- Ayak dulu tepung dengan baking powder.
- Pukul telur, minyak dan air sampai gebu, pastu masukkan gula sikit2 pukul sampai jadi sekali ganda (ke 2 kali ganda??)
- Next masukkan tepung yang dah diayak tadi sikit2 cara kaup balik.

Meringue
6 biji putih telur
70gm gula caster
1 sudu teh cream of tar tar
- Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul sampai kental.
- Dah bertanduk meringue tu, masukkan 1/3 meringue ke Bahan A, kaup balik. Kemudian habiskan semuanya.
- Bahagikan 3 bahagian untuk diwarnakan.
- Kemudian masukkan dalam loyang selang seli macam nak memarblekan kek.
- Guna loyang lagi besar untuk isi air panas dan alaskan loyang berisi adunan yang dah ready nak dibakar. Orang kata kaedah steam bath.
- Bakar guna api bawah aje 150C, 45 minit atau sampai masak.
- Bila dah masak harap bawak2 bersabar tunggu sampai betul2 sejuk untuk diterbalikkan secara berhati2 dan penuh saspen.

Tuesday, September 20, 2011

Kek Nenas Terbalik

Dah lama cari resepi ni tapi selalu je lupa nak google. Mula2 tu tengok drama Desperate Housewive, ada scene Bree buat Upside Down Pineapple Cake untuk Gabby. So, beberapa minggu lepas baru teringat nak google. Ada banyak sangat resipi yang ada kat internet. Aku pilih resepi yang ni, tapi lupa sourcenya..



Bahan A
250gm mentega (guna marjerin Tesco je)
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan sirap nenas
1/2 sudu teh vanilin
1/2 sudu besar ovalette

Bahan B - meringue
5 biji putih telur
1 cawan gula caster

Hiasan
Gula perang
Nenas ring
Ceri merah/hijau


Cara-cara:

- Tak kisah kot sama ada nak kerjakan bahan A dulu ke atau bahan B. Bahan B ni semua barang kena bersih tak boleh berminyak dan jangan ada kuning telur walau sikit pun. Tapi kalau kita buat meringue dulu kena cepat2 kerjakan bahan A pulak sebab takut meringue tu cair dah.

- Tapi sebelum tu panaskan oven. Lenser loyang bulat 8 inci dengan mentega dan alas kertas minyak. Next tabur gula perang sampai rata. Pastu lap nenas ring kering2 dan susun atas gula perang. Kemudian susun ceri pada lubang nenas ring tu.

- Buat bahan B dulu, putar putih telur sampai berbuih pastu masukkan gula sikit2. Terus putar sampai maksima dan sehingga adunan jadi kental dan bertanduk kata orang. Nak test, cuba terbalikkan adunan tu mesti tak jatuh. Selalunya dalam 10 minit pukul dengan kelajuan maksima dan ok.

- Pastu dengan pantas buat bahan A pulak. Pukul mentega dan gula sampai putih. Pastu masukkan kuning telur satu persatu. Next, masukkan tepung separuh selang seli dengan sirap nenas dan baki tepung lagi. Masukkan vanilin dan ovalette.

- Amik meringue dalam 1/3 masukkan dalam adunan A kaup balik. Kemudian habisi semua meringue. Pukul sikit bagi licin sebati. Kemudian tuang dalam acuan tadi.

- Bakar klu ikut ovenku 150C, 40 minit.